Inilah
antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Masyarakat kampung
ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar upahan penjajah ini. Perangai dan
tingkahlaku buruk yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin
menyusahkan masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka
lebih gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung. Askar Fiji
pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira anak
dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.
Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang seorang
lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki yang
mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun tentera Fiji ini bersalah, dan
hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang lagi kerana
dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak Johan, "Lagak
askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri
kau..isteri aku.". Lebih malang lagi pengaruh buruk
tentera-tentera upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian anggota Polis
melayu yang berkhidmat untuk British. Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol
isteri orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan
dikalangan ramai anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.
Hang merepek apa ni?
ReplyDelete