Sunday 6 September 2015

NILAI PATRIOTISME

NILAI-NILAI PATRIOTISME

1. Semangat kerjasama ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim Bukit Kepong dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk Mukim Bukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha membantu anggota polis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

2.Keberanian
Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atautercedera, perjuangan tetap diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerahkalah kepada pengganas komunis.Leftenan adnan dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orangtetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200 orang.

3.Menambahkan pengetahuan
tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia. sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.

4.Menyemai semangat cinta akan negara
Kita mestilah menyemai semangat cinta akan negara Contohnya, perjuangan Othman Yusof anggota anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca.

No comments:

Post a Comment