Thursday 17 September 2015

Leftenan Adnan Bin Saidi

KesetiaanRegimen Melayu DiRaja
Jumlah tahun berkhidmat1933 - 1942
Pangkatleftenan Ke-2
Unit7th Platoon, C Company, Brigade 1 Malaya
PertempuranBattle of Pasir Panjang
AnugerahBest recruit in the Malay Regiment
(3 British medals)




Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung sungei ramai, Kajang Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS pelandok, ditenggelamkan oleh jepun dalam pelayaran ke australia. Adiknya yang termuda Amarullah saidin terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang selangor
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejiman Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja Geonge v1. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenen muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

No comments:

Post a Comment