Saturday 19 September 2015

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

                 Assalammualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada pembaca semua. Laman blog ini direka oleh kami warga politeknik merlimau melaka bagi menyempurnakan tugasan e-folio dari subjek pengajian malaysia. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat pada semua. Selamat membaca.Pertama sekali saya bersyukur kehadrat ilahi kerana memberi peluang kepada kami sekumpulan untuk melakukan tugasan kerja kursus dalam e-folio ini. Kami ditugaskan untuk membuat laman blog , meskipun ini adalah pertama kali kami membuat laman blog kami sendiri. Namun kami akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini.

           Tajuk yang kami pilih adalah tempat bersejarah “Bukit Kepong” di Muar,Johor. Kami memilih Bukit Kepong sebagai lokasi kajian kami. Kami memilih kawasan tersebut kerana sejarah lampau yang diwarisi tempat tersebut . Banyak perisitiwa yang di tempat tersebut . kami dengan sepenuh daya usaha menjalankan penuh adil dan saksama . terima kasih kepada tenaga pengajar Pengajian Malaysia kami . 

          

      Objektif
1.Menerapkan nilai atau unsur patriotisme di dalam kajian
2.Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar
3.Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat
4.Memperluaskan ilmu pengetahuan tentang sejarah
5.Memupukkan semangat kerjasama di dalam kumpulan 

         Semoga perisian yang disampaikan oleh kami berguna untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga negara kita sejarah mungkin berulang dan segala pengorbanan para pejuang kita hanya jadi sia-sia. Marilah kita bersama-sama memupuk semangat cintakan negara untuk kesejahteraan bersama. 



Friday 18 September 2015

Muhammad Afizul Bin Azahar . Umur 18tahun . Melaka negeri kelahiran . pengajian elektrikal elektronik komunikasi . Berusaha dan berusaha sehingga berjaya >.<
Mohammad Hanaffi Bin Tomirin . Umur 19 Tahun . Berasal dari Johor dan menetap di Pahang . Im electrical man . Pantang undur kecuali operasi !
Muhammad Zarul Bin Zainal . Umur 20 tahun . berasal dari Negeri Sembilan . programme DEP1A . Hidup mesti diteruskan . Kipidap!
Nama diberi Mohamad Izwan Bin Rauob . umur 20 tahun . Berasal dari johor . programme communication engineering . thanks bace XD
Nama Too Lap Liang . Umur 19Tahun . Berasal dari Johor Bharu . Kelas DEP1A . Never GiveUp! Do the best !

Thursday 17 September 2015

Leftenan Adnan Bin Saidi

KesetiaanRegimen Melayu DiRaja
Jumlah tahun berkhidmat1933 - 1942
Pangkatleftenan Ke-2
Unit7th Platoon, C Company, Brigade 1 Malaya
PertempuranBattle of Pasir Panjang
AnugerahBest recruit in the Malay Regiment
(3 British medals)




Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung sungei ramai, Kajang Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS pelandok, ditenggelamkan oleh jepun dalam pelayaran ke australia. Adiknya yang termuda Amarullah saidin terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang selangor
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejiman Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja Geonge v1. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenen muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .